Soalan & Salah Faham Terhadap Islam
6. Doa Tak Makbul
Penerangan Persoalan: Adalah mudah untuk kita menerangkan sebab musabab mengapa doa seseorang itu tidak dimakbulkan Tuhan jika orang yang bertanya itu adalah seorang Muslim yang tiada masalah akidah. Tetapi jika orang yang bertanya itu adalah seorang yang mempunyai masalah akidah, dan merancang untuk cuba berdoa kepada tuhan agama lain (berpotensi/ merancang untuk murtad), maka untuk menerangkan persoalan ini memerlukan sedikit point tambahan.
13:11 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
Tidak ada satu agama pun yang penganutnya 100% kaya atau 100% miskin, 100% pandai atau 100% bodoh. Atau dengan kata lain, tiada satu agama pun yang penganutnya dapat 100% atau tak dapat 100% perkara yang dikehendaki. Maka, apabila doa dimakbulkan atau tidak dimakbulkan bukanlah jadi pengukur kepada kebenaran satu-satu agama. Malah Allah membantu semua manusia tanpa mengira kaum dan agama.
2:216 “…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu”
Cara-cara doa dimakbulkan: -
- Serta merta atau ditangguhkan
- Digantikan dengan yang lebih baik
- Dibalas di akhirat
7. Ah Chong Baik vs Ali Jahat.
Persoalan detail: Ah Chong adalah seorang non Muslim yang amat baik dan cantik akhlaknya. Manakala Ali pula adalah seorang Muslim yang amat jahat dan buruk akhlaknya. Tetapi apabila kedua-duanya mati, Ah Chong akan dimasukkan ke dalam neraka SELAMA-LAMANYA, sedangkan Ali akan masuk syurga setelah hukuman dikenakan ke atasnya. Ini TIDAK ADIL!
Situasi kes – Ah Chong telah diterangkan tentang Islam dengan jelas, tetapi beliau menolaknya, manakala Ali pula yakin dengan Islam tetapi banyak melakukan kejahatan dan hanya sedikit kebaikan.
51:56 Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk worship Tuhan Pencipta makhluk-makhluk ini, i.e. Allah.
103:1-3 Iman adalah salah satu syarat supaya manusia tidak rugi dengan kata sebenar.
4:48,116 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya)”
Dosa syirik adalah dosa terbesar. Manakala dosa-dosa selain syirik boleh diampunkan Allah biarpun orang yang berdosa itu tidak meminta ampun.
Analogi: Pekerja kedai
Ah Chong dan Ali ditemuduga untuk bekerja di sebuah kedai. Mereka diterangkan dengan jelas mengenai tugasan mereka. Di antaranya adalah perlu datang kerja pada pukul 9 pagi, balik pukul 6 petang, mop lantai kedai, layan customer dengan mesra dan yang paling penting ialah wajib memasukkan hasil jualan ke dalam akaun syarikat.
Setelah kedua-duanya mula bekerja, Ali tidak patuh kepada kebanyakan daripada arahan syarikat. Hari-hari beliau masuk kerja pukul 10 pagi, balik pukul 5 petang, tidak pernah mop lantai, melayan customer dengan amat kasar, di mana akibatnya hasil jualan yang diperolehinya amat sedikit. Tetapi biarpun sedikit perolehan, beliau tetap memasukkan duit itu ke dalam akaun syarikat.
Manakala Ah Chong pula berwatak sebaliknya. Beliau amat patuh dengan hampir semua arahan syarikat. Hari-hari beliau masuk kerja pukul 8 pagi, balik pukul 7 petang, setiap hari mop lantai sebanyak dua kali, melayan customer dengan amat mesra, di mana akhirnya hasil jualannya menjadi amat luarbiasa. Walaubagaimanapun, keuntungan yang begitu lumayan tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Sebaliknya beliau memasukkan ke dalam akaun lain.
Maka siapakah yang akan dilaporkan kepada pihak polis dan seterusnya akan dikenakan hukuman berat?