I would be please if you leave some comment or anything. so we can share. Sharing is caring ^^
Soalan & Salah Faham Terhadap Islam
4. Kenapa Cipta Non Muslim?
Soalan detail: Jika Allah adil, kenapa tidak dicipta semua manusia sebagai Muslim?
Semua dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka semua adalah Muslim ketika dilahirkan.
Yang penting ialah keadaan mati, bukan lahir.
2:6 “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman”
17:15 Tanggungjawab diletak selepas seseorang telah melihat dan mendengar petunjuk
Bukan semua non Muslim adalah kafir – Perkataan kafir adalah datang daripada perkataan kafara, iaitu menolak kebenaran. Jika seseorang non Muslim itu tidak pernah mendengar mengenai kebenaran Islam atau tidak pernah diterangkan mengenai kebenaran Islam, maka tidak timbul persoalan bahawa dia telah menolak Islam. Penolakan terhadap Islam hanya berlaku jika dia telahpun mendengarnya, tetapi dia dengan sengaja menolaknya.
4:40 Allah tidak menganiaya walau seberat zarah.
Syahadah boleh terbatal – Sebagai Muslim, kita belum tentu akan kekal dalam Islam ketika kita mati nanti, kerana ada juga di kalangan Muslim yang dengan sengaja mensyirikkan Allah dengan apa saja cara. Maka orang yang dilahirkan dalam keluarga Muslim belum tentu akan kekal Islam.
*Sila fahami betul2 perbezaan maksud non-muslim dan kafir, baru anda akan faham analogi berikut.
Non-Muslim : sepanjang hidupnya tidak pernah langsung diterangkan atau mendengar tentang kebenaran Islam. Tidak timbul persoalan bahawa dia telah menolak Islam.
Kafir : mereka telah diterangkan dan pernah mendengar tentang kebenaran Islam, tetapi mereka menolaknya.
Analogi: Markah lulus peperiksaan bergantung kepada tahap ujian. Semakin sukar ujian, semakin rendah markah lulus. Sebaliknya, semakin mudah ujian, semakin tinggi markah lulusnya.
Soalan & contoh kes: Adebayor adalah seorang lelaki yang tinggal di kawasan hutan Afrika. Sejak kecil hingga ke tua dan seterusnya mati, dia langsung tidak pernah mendengar tentang agama Islam. Sepanjang hidupnya, beliau selalu berfikir tentang kewujudan Pencipta, tetapi beliau tidak tahu siapakah Pencipta itu. Beliau juga mempunyai akhlak yang baik. Walaubagaimanapun, beliau menyembah pokok dan alam kerana itulah yang diajar oleh nenek moyang, biarpun di hati kecilnya meragui amalan tersebut. Maka apakah kemungkinan nasib orang seperti ini berdasarkan 2:6, 17:15 dan 4:40? Allah sahaja yang tahu “markah lulus”nya. Wallahualam.
5. Makan binatang
Persoalan detail: Kenapakah orang Islam makan binatang? Bukankah ini perbuatan kejam? Bunuh haiwan tak bersalah.. kesian anak2 mereka ditinggalkan. . (selalunya ditanya oleh vegetarian).
Kerana Allah izinkan.
16:5 ”Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan”
Sistem gigi dan sistem penghadaman.
Haiwan herbivor dan karnivor dicipta dengan sistem gigi dan sistem penghadaman yang sesuai dengan pemakanan masing-masing. Begitu juga haiwan omnivor dan manusia yang dicipta dengan keadaan sistem gigi dan sistem penghadaman yang sesuai untuk memakan tumbuhan dan daging. Jika Tuhan melarang manusia daripada memakan haiwan, maka kenapakah Tuhan mencipta manusia dengan sistem gigi dan penghadaman yang sesuai untuk kedua-dua jenis makanan?
Tumbuhan juga bernyawa.
Kajian sains moden telahpun membuktikan bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai nyawa. Maka, seseorang vegetarian sepatutnya dianggap lebih kejam kerana banyak nyawa tumbuhan perlu dikorbankan untuk dimakan oleh hanya seorang vegetarian sahaja. Bayangkan berapa ratus nyawa perlu dikorbankan dengan hanya sekali memakan nasi?! Sedangkan satu nyawa lembu yang dikorbankan boleh dimakan oleh ramai orang! Maka siapa lebih kejam? Oleh itu, tidak timbul soal zalim kepada haiwan mahupun tumbuhan yang dimakan oleh manusia.
Islam agama universal.
Seandainya manusia hanya dibenarkan memakan tumbuhan, maka bagaimana pula dengan penduduk padang pasir dan eskimo hendak makan? Adakah penduduk di sana perlu memakan kaktus masak kari pada hari ini, kaktus masak lemak esok hari, kaktus masak kicap hari berikutnya, dan kaktus masak kurma pada hari seterusnya? Atau penduduk Eskimo perlu menyelam ke dalam air untuk mencari rumpai laut?
Walaubagaimanapun, bukanlah menjadi masalah dan kesalahan jika seseorang Muslim ingin menjadi Vegetarian.