Soalan & Salah Faham Terhadap Islam
10. Boleh Tak Allah Buat Begini?
- Cipta satu lagi Allah?
- Cipta batu yang besar dan berat sehinggakan Allah sendiri tak mampu mengangkat batu tersebut?
Persoalan detail: Jika kita jawab “tidak boleh”, bermakna Allah tak mampu mencipta. Jika kita jawab ”boleh”, bermakna Allah itu bersifat lemah kerana Dia tak mampu mengangkat batu yang diciptaNya itu.
Allah hanya lakukan godly thing
Manusia berpotensi melakukan sesuatu perkara yang bersifat kemanusiaan (i.e. tindakan bijak) dan yang tidak bersifat kemanusiaan (i.e. tindakan tidak bijak). Tetapi Tuhan hanya melakukan sesuatu perkara yang bersifat ketuhanan (penuh dengan kebijaksanaan) sahaja, atau dengan perkataan lain, Allah hanya lakukan godly thing.
Apakah dia ungodly thing?
Cuba kita fikirkan, adakah Tuhan akan menjadikan diriNya sebagai najis manusia? Dan adakah dengan kuasa yang ada pada Tuhan, Dia akan menjadikan semua manusia sebagai tuhan yang berkuasa, dan serentak dengan itu Dia menjadikan pula diriNya sebagai manusia yang tiada kuasa langsung? Inilah dua contoh perbuatan yang langsung tidak bersifat bijaksana yang disebut sebagai ungodly thing.
Oleh itu, adalah salah apabila kita mengatakan bahawa Allah akan melakukan semua perkara, kerana sebenarnya Allah hanya melakukan perkara yang dikehendakiNya sahaja. Dan perkara tersebut hanya yang bersifat godly thing.
85:16 ”Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya”
Soalan Assignment Untuk FCR Alumni Yahoo Group
Setelah diterangkan jawapan ringkas di atas, mungkin timbul persoalan, adakah penciptaan neraka itu bersifat godly thing? Dan adakah menyiksa manusia di dalam neraka itu juga bersifat godly thing? Bagaimana pula dengan tsunami, gempa bumi, gunung berapi dan sebagainya yang membunuh jutaan nyawa itu? Adakah ia boleh dianggap bersifat godly thing?
Hintnya: Sebahagian persoalan telahpun dijawab di dalam Posting tajuk “Kenapa Cipta Neraka?” dan “Takdir Syurga / Neraka”.
11. Isu Tudung (Hijab)
Persoalan detail: Islam menindas wanita kerana memaksa wanita memakai tudung kepala. Dan Islam tak adil, kerana disebabkan kejahatan lelaki, maka wanita disuruh menutup aurat.
24:30 “Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”
24:31 “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…”
33:59 Penutupan aurat bertujuan supaya dikenali sebagai wanita yang baik, maka dengan itu mereka tidak diganggu
Analisis 24:30-31 dan 33:59
- Perhatikan bahawa Allah menyuruh lelaki menjaga pandangan mata terlebih dahulu (24:30) sebelum Allah menyuruh wanita menutup aurat (24:31)
- Selain lelaki, wanita juga disuruh menyekat pandangan mata, tetapi ramai di kalangan lelaki dan wanita yang tidak patuhinya
- Ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua jantina ada potensi tertarik untuk memandang sesama sendiri
- Tetapi disebabkan kekuatan fizikal dan “kreativiti berfikir dan merancang” lelaki melebihi wanita, maka ini boleh mendorong kepada jenayah
- Oleh itu, arahan kepada wanita supaya mengelakkan “provokasi” dengan menjaga aurat adalah langkah pembelaan ke atas wanita
- Sebab itulah salah satu tujuan (33:59) penutupan aurat adalah supaya wanita tidak diganggu
Assignment Untuk FCR Alumni Yahoo Group
Kenapa wujud kes di mana wanita yang memakai tudung dan menutup aurat, tetapi beliau masih dirogol? Maka adakah benar arahan menutup aurat itu mampu membendung kes jenayah rogol?
Extra Notes:-
Jika yang menimbulkan persoalan Isu Tudung ini adalah seorang Kristian, maka kita boleh membuat perbandingan dengan arahan keras menutup kepala (rambut) yang dikenakan ke atas wanita Kristian di dalam Bible sendiri.
1 Corinthians 11:5-6
But every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head, for that is one and the same as if her head were shaved.
For if a woman is not covered, let her also be shorn. But if it is shameful for a woman to be shorn or shaved, let her be covered.
Kita juga boleh menyatakan bahawa Mother Mary dan Mother Teresa yang dianggap dua wanita paling suci dan mulia oleh orang Kristian juga berpakaian seperti seorang wanita Muslim, iaitu memakai tudung kepala.
Jawapan yg diberikan di atas bukanlah lengkap & terbaik. Malah masih banyak point yg kita boleh bagi. So, kalau bro & sis semua ada apa2 info tambahan, please share di sini. Dan kalau ada point yg dirasakan salah atau kurang tepat, please perbetulkan.