So this is the first one. There are alot but if i just paste it all. You might lose your interest of reading in the middle of it. ^^
Soalan & Salah Faham Terhadap Islam
1. Muslim Hina Anjing & Babi
before moving on lets see this video first
Persoalan detail: Muslim sering memandang hina anjing dan babi. Malah ramai budak kecil di kalangan Muslim yang suka melontar batu ke arah anjing. Ada juga kes Muslim yang tidak sanggup menyentuh anjing yang dalam kesakitan seperti dilanggar kereta. Di manakah sifat kemanusiaan Muslim?
Muslim tak sama dengan Islam. Islam tidak menyuruh Muslim lakukan sedemikian rupa. Malah Islam mengajar bahawa sesiapa yang berbuat amalan baik, dan mengakui kebenaran Tuhan yang sebenar (beriman), maka orang itu adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan. ***
98:7 “Those who have faith and do righteous deeds,- they are the best of creatures”
Anjing dan babi bukan sahaja makhluk Allah, malah anjing dan babi juga adalah mulia...
17:44 “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka”
Berkenaan babi, Allah hanya mengharamkan kita memakannya, tidak lebih daripada itu.
5:3; 6:145 Pengharaman memakan babi